Contoh pengoksidaan Agen_pengoksidaan

Pembentukan ferum(III) oksida (karat) melalui pengoksidaan besi:

4 F e + 3 O 2 → 2 F e 2 O 3 {\displaystyle {\rm {4Fe+3O_{2}\rightarrow 2Fe_{2}O_{3}\!}}}

Dalam tindak balas diatas, besi (Fe) mempunyai nombor pengoksidaan 0 sebelum tindak balas dan 3+ selepas itu. Untuk oksigen (O), nombor pengoksidaannya bermula dengan 0 dan dikurangkan kepada 2-. Perubahan ini boleh dilihat melalui dua "setengah tindak balas" (seimbang) yang berlaku serentak:

  • Setengah tindak balas pengoksidaan: 4Fe → 4Fe3+ + 12e−
  • Setengah tindak balas penurunan: 3O2 + 12e− → 6O2−

Besi (Fe) telah dioksidakan kerana nombor pengoksidaannya meningkat dan ia menjadi agen penurunan kerana ia memberikan elektron untuk oksigen (O). Oksigen (O) telah dikurangkan kerana nombor pengoksidaan tersebut telah berkurangan dan ia merupakan agen pengoksidaan kerana ia mengambil elektron daripada besi (Fe).

Berkaitan